Masjid Wilayah Persekuatuan, Kuala Lumpur
Archive for June, 2010
Juan & Fatin
June 25, 2010Azreenshah & Ogy
June 23, 2010Pulau Mantanani, Sabah
June 4, 2010It’s been long time since my last update in this blog, due to my tight schedule on shooting, travelling, etc….what a life…
This is my passion. Siapa bilang Malaysia tak punya tempat menarik. Ya, barangkali tidak sepopular Pulau Bali atau Phuket, namun produk alam semulajadi yang ada di negara kita juga tudak kurang hebatnya. Pulau Mantanani. Ramai yang bertanya, di mana letaknya pulau ini? Jarang sekali mendengar orang menyebut tentang pulau ini. Menurut penduduk tempatan, Mantanani dalam bahasa Ubian bermaksud “Selimut Nani”. Kenapa dinamakan begitu, saya sediri kurang maklum. Di Pulau mantanani, terdapat 2 buah kampung ynga majoritinya penduduk beragama Islam, selain beberapa buah “lodge” kecil yang menyediakan dan menguruskan kemasukan pelancong. Kalau selama ini saya selalu berkunjung ke pulau yang sememangnya sudah dan semakin popular, kali ini saya memilih untuk ke sebuah pulau yang boleh dikategorikan sebagai “virgin island”. Kemasukan pelancong tidaklah sepadat Pulau Mabul atau Perhentian, dan mungkin oleh kerana itu, keindahan dan keaslian alam semulajadi di sini masih terpelihara dengan baik.
Menjejakkan kaki ke sini membuatkan saya terpukau dengan apa yang ditawarkan di sini. Laut yang biru kehijauan. Air yang jernih. Apa lagi yang dimahukan oleh pencinta pulau seperti saya. Jauh dari kesibukan kota, tiada bising dengan bunyi bot keluar masuk, cukup mendamaikan. 3 hari 2 malam di sini, terasa sangat singkat. Saya berpeluang menginap di Pulau Mantanai Besar dan Pulau Mantanani Kechil. Ambien yang berbeza, namun tidak kalah dari segi keindahan dan keunikan. Berpeluang juga meneroka dasar lautnya untuk seketika, pulau ini memang unik. Menikmati keindahan matahari pagi dan petang, sememangnya cukup indah. Bertemu kawan-kawan baru di sana, Basir, Rock, Jackson, Jess, Melvin, Pet, mereka semua cukup peramah. Jadinya, apa lagi yang mengganggu ketika di sini. Tiada. Waktu petangnya saya berkesempatan pula berkunjung ke kampung berhampiran, berbual seketika dengan penduduknya yang peramah.
Saya bercadang untuk ke sini sekali lagi pada bulan Julai nanti.

Ketibaan yang akan disambut oleh staff yang sangat ceria

Penginapan di Pulau Mantanani Besar

Pemandangan dari pantai tempat penginapan di Pulau Mantanani Besar

















































