Archive for January, 2010

Kota Bharu, Kelantan.

Majlis perkahwinan yang cukup sederhana namun sangat meriah.  Tahniah untk Sue & Rusli.

Ramai menyangkakan saya sudah berhenti daripada membuat tugasan fotografi perkahwinan.  Sedangkan pada masa yang sama, perkara yang sebenarnya berlaku. Saya masih aktif dengan fotografi perkahwinan di samping saya juga menjalankan kerja-kerja fotografi yang berkaitan seperti periklanan, produk, majlis rasmi, potret & studio. Barangkali saya kesuntukan masa yang menyebabkan saya lewat untuk menambah sebarang cerita baru di blog ini.

Fotografi perkahwinan pada pendapat saya ialah suatu tugasan yang cukup mencabar.  Ia bukan sekadar memiliki kamera DSLR, Flash dan lensa yang hebat. Fotografi perkahwinan merangkumi disiplin seperti “portraiture, candid, photojournalism, product, fashions,” dan banyak lagi.  Ramai di luar sana samada terdiri daripada jurufoto yang baru menceburi bidang in dan juga pasangan bakal pengantin yang beranggapan bahawa tugasan ini mudah.  Untuk 8 jam shooting bagi dua tugasan, beberapa minggu untuk memproses gambar-gambar dan menjadikannya dalam bentuk album bagi saya bukan kerja yang mudah.  Ketika proses “shooting” itu sendiri, pelbagai perkara perlu diambilkira.  ”Problems solving, Communications, presentations, decision making, PR”. Segala pengetahuan dan kemahiran tersebut harus dipergunakan semaksima dan sebaik mungkin. Bila tiba di tahap itu, maka barulah kita melihat kerjaya ini sebagai suatu profession yang professional.

Sue&Rusli_0214

Sue&Rusli_0299

Sue&Rusli_0372

Sue&Rusli_0376

Sue&Rusli_0818

Sue&Rusli_0827

Sue&Rusli_1073

Sue&Rusli_1615

Sue&Rusli_1852

Sue&Rusli_1963