Archive for December, 2009

POSTER-Phototrip

Salam

Sempena sambutan tahun baru 2010, saya bagi pihak Phototrip dengan berbesar hati menganjurkan satu lagi aktiviti berkaitan Fotografi dan Outdoor, iaitu Cabaran 4×4 ke Lata Berembun, Pahang. Ekspedisi 3 hari dan 3 malam ini akan bermula di Kuala Lumpur dan bergerak menerokai trek off-road ke Lata Berembun, Pahang.

Anda tidak perlu mempunya kenderaan 4×4 untuk menyertai Trip ini. Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan pengangkutan kenderaan pacuan 4 roda (4×4). Lata berembun terletak di dalam Daerah Bentong, Pahang. Perjalanan berkenderaan menuju ke tapak perkhemahan adalah sekitar 4 jam bermula dari Kuala Lumpur. Tidak perlu bimbang mengenai trekking kerana kenderaan pacuan 4 roda akan membawa semua peserta sehingga ke tapak perkhemahan. Apa yang menarik mengenai Phototrip ini ialah, peserta akan merasai pengalaman 4×4 secara off-road untuk perjalanan pergi dan balik. Selain dari itu, konsep perkhemahan yang disediakan menjanjikan pengalaman menarik bagi setiap peserta. Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan makanan dan penginapan (berkhemah). Bagi peminat fotografi, pihak Phototrip akan mengadakan sesi khas untuk Fotografi Off-road Challenge pada hari Jumaat dan Sabtu. Peserta akan diberi bimbingan mengenai setting asas kamera, pemilihan lokasi dan composition/angle. Manakala bagi mereka yang tidak terlibat dengan fotografi, anda digalakkan untuk menyertai kenderaan yang akan beraksi untuk sesi Fotografi ini bagi merasai pengalaman yang menarik ini.

Pada hari terakhir Phototrip (AHAD, 3 Januari 2010) Konvoi akan bergerak ke Pusat Pemulihan Gajah Kuala Gandah dan juga Deer Farm yang terletak di Mukim Lanchang, Pahang untuk peluang melihat satu-satunya pusat pemulihan gajah yang terkenal di Malaysia di kalangan pelancong asing. Di sana, peserta boleh menyertai aktivi bersama gajah yang disediakan oleh pihak Perhilitan seperti menunggang gajah dan sekiranya keadaan mengizinkan, pengunjung akan berkesempatan menunggang gajah hingga ke sungai.

Dengan ini saya menjemput sesiapa yang berminat samada yang terlibat dengan fotografi atau pun tidak, untuk menyertai aktiviti ini. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program:

Tarikh:  31 Disember 2009 – 3 Januari 2010 (Khamis malam hingga Ahad petang)

Tempat berkumpul:  Stesen LRT PUTRA Gombak ( 9.00pm)

Konvoi 4×4 akan mula bergerak meninggalkan Kuala Lumpur pada jam 10.00 malam.

Peralatan asas yang perlu dibawa:

  1. Sleeping Bag
  2. Pakaian kering (pergi dan balik)
  3. Pakaian basahan ( mandi air terjun)
  4. Ubat-ubatan peribadi
  5. Toiletries
  6. Kamera, tripod, Flash (bagi yang terlibat dengan sesi Fotografi)
  7. Dan peralatan asas lain yang difikirkan perlu

1 Januari 2010 (Jumaat):

  • Dijadual tiba di Tapak Perkhemahan sekitar jam 3.00 pagi
  • Rehat/tidur
  • Breakfast
  • Melawat air terjun
  • Lunch / rehat
  • Fotografi 4×4 Challenge 1
  • Dinner/rehat
  • Sesi suaikenal
  • Sembang foto / aktiviti bebas / rehat

2 Januari 2010 (Sabtu):

  • Breakfast
  • 4×4 Challenge Show (River Crossing)
  • Lunch
  • Fotografi 4×4 Challenge 2
  • Dinner / BBQ
  • Fun Games / Rehat

3 Januari 2010 (Ahad)

  • Breakfast
  • Kemas barang / khemah
  • Bergerak ke Kuala Gandah
  • Bertolak ke Kuala Lumpu dari Kuala Gandah
  • Tamat di Stesen LRT PUTRA Gombak

Untuk keseluruhan aktiviti ini, peserta yang berminat boleh menghubungi penganjur

  • Amin@ Aminorazmi : 0122147681 email : aminor.azmi@gmail.com
  • En Stoned : 0123328455

Bayaran untuk kos pengangkutan, khemah, makan dan minum:

RM300.00 Sahaja / RM380 untuk LO Kerajaan

Cara pembayaran: Sila bank in /Online banking/transfer/Cash Deposit bayaran penyertaan ke akaun

  • MAYBANK 562263018865 (MIN MEDIA & RESOURCES)
  • Sila maklumkan kepada penganjur sesudah anda membuat pembayaran

Akhir kata daripada saya selaku penganjur PHOTOTRIP, jangan lepaskan peluang keemasan sebegini. Rasai keseronokan pengalaman 4×4, fotografi, berekreasi di air terjun, menghayati keindahan alam semulajadi di dalam hutan dan juga peluang bermesra dengan gajah dan rusa.

Terima Kasih,

Aminorazmi / 0122147681

Seringkali saya dihujani dengan pertanyaan dan kenyataan yang bunyinya:

“Cik Amin, saya tak pandai lagi”, “Cik Amin, saya baru beli kamera, di mana harus saya bermula” “Cik Amin takpe la, dah terer”, “Cik Amin, kenapa saya tak boleh amik gambar cantik macam Cik amin?” dan banyak lagi pertanyaan yang boleh saya katakan bersifat permulaan, merendah diri, bingung dan sebagainya.

“I’m not the best in town”.

Semua bermula daripada langkah yang pertama. Salah seorang mentor saya berpesan kepada saya, beberapa tahun dahulu ketika saya masih bertatih dalam dunia fotografi, katanya untuk menguasai kemahiran fotografi, tiada jalan mudah. Kita harus sentiasa mempraktikkan apa yang kita baru kita pelajari. Ibarat makan nasik, kalau setiap hari kita buat perkara yang sama, lama-kelamaan kita akan mahir. Begitu juga fotografi. Sekiranya kita sering mempraktikkan apa yang pernah kita pelajari, tidak mustahil, kita akan menjadi mahir dalam bidang ini. Dan itulah yang seringkali saya berpesan kepada kawan-kawan saya yang baru menceburi dunia fotografi. Tidak jemu belajar dan tidak jemu untuk mempraktikkan apa yang dipelajari. Pada pendapat saya, sebagai permulaan, cuba melihat bahawa fotografi ialah gabungan teori dan praktikal. Keduanya harus seimbang. Dan pada peringkat permulaan, perkara sebegini akan kelihatan sukar. Namun apabila kita sudah membiasakan diri dengan perkara ini, lama kelamaan ia akan menjadi mudah bilamana ia sudah menjadi rutin. Oleh itu, jangan putus asa. Teruskan belajar.

Sekadar berkongsi. Ini adalah antara gambar-gambar yang pernah saya shoot ketika tahun-tahun awal saya bermula dengan fotografi. Tertampal di dinding “workstation” saya, sebagai inspirasi peribadi, di mana saya bermula.

Thaipusam@Batumalai

Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam gua Batu Caves

Kriterium Kuala Lumpur

Kriterium Kuala Lumpur, ketika hujan lebat, Panasonic Lumix FX30

Fizlee

Sunrise di Kuala Terengganu ketika FMDC Trip to Terengganu

Wall Photos 2009

Antara hasil kerja yang sempat saya print dan lekatkan di wall workstation