Lata Berembun, Bentong, Pahang
Alhamdulillah, dengan sokongan kawan-kawan, program PHOTOTRIP mula bergerak satu persatu. Walaupun ketika musim tengkujuh, PHOTOTRIP tetap mempunyai perancangan tersendiri bersesuaian dengan keadaan semasa. Terbaru, buat pertama kalinya dianjurkan gabungan antara Fotografi dan sukan 4×4. Program ini membolehkan peserta merasai sendiri sedikit pengalaman menaiki kenderaan 4×4, merasai perjalanan off-road yang sangat mencabar.
Selaku penganjur, apa yang menggembirakan saya ialah semua yang terlibat dapat menambahkan kenalan, memperolehi pengalaman baru dan semestinya merasai keseronokan bilamana melibatkan diri dalam aktiviti sebegini.

















