Archive for September, 2009

poster_phototrip_perhentian1

Core activities:

Model Photo Shooting
Landscape Photo Shooting
Photo Discussion/review

4 days 3 nights /Fees: RM450

Thursday nite (8/10/2009)
- depart from KL to Kuala Besut (by bus/car)

Friday (9/10/2009)
- Arrive at Perhentian Kecil Island
- Check In
- Simple briefing
- Model Shooting
- Photo Discussion (Night)

Saturday (10/10/2009)
- Model Shooting
- Landscape Shooting
- Snorkeling
- Phototalk (Night)

Sunday (11/10/2009)
- Model Shooting
- Landscape Shooting
- Recreational activity (free activity)
- Photo Review (Night)

Monday (12/10/2009)
Morning activity (sunrise shooting/water activity)
- Check out
- Depart to KL

3 days 2 nights / Fees: RM390

Thursday nite (8/10/2009)

- depart from KL to Kuala Besut (by bus/car)

Friday (9/10/2009)
- Arrive at Perhentian Kecil Island
- Check In
- Simple briefing
- Model Shooting
- Photo Discussion (Night)

Saturday (10/10/2009)
- Model Shooting
- Landscape Shooting
- Snorkeling
- Phototalk (Night)

Sunday (11/10/2009)
- Model Shooting
- Landscape Shooting
- check out
- depart to Jetty Kuala Besut by boat

Again, I’m not doing this for commercial photography learning session. It will be more likely to an outing with a small group but more focus on how to improve our photography skills thru the shooting sessions.

Passion for Photography & Travel

It will be fun, informative and leisure

*Please call/text or email me for booking and deposit payment
* I’ll try to arrange the bus for participants

Regards

Aminorazmi

0122147681 / aminor.azmi@gmail.com

Salam untuk semua.

Bagi pengunjung setia dan pengunjung lain yang sudi singgah ke web blog saya ini, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Untuk kawan-kawan Jurufoto, selamat berhari raya, semoga dengan lebaran ini, kita semua akan semakin gigih berkarya samada secara hobi mahupun profesional.

Untuk pelanggan-pelanggan dan bakal pelanggan saya, terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada saya. InsyaAllah, saya akan sentiasa meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam kerja-kerja saya.

Saya belum berkeluarga, jadinya di sini adalah gambar-gambar saya bersama kawan-kawan jutufoto ketika di studio. Semoga kita semua bergembira di hari raya, dan tidak sesekali melupakan yang kurang bernasib baik dan yang telah pergi meninggalkan kita.

Manisnya Ramadhan, kita dapat berpuasa dan berbuka bersama. Indahnya Syawal kerana kita dapat saling bermaafan dan bergembira, InsyaAllah.

Salam Lebaran

Aminorazmi

www.aminorazmi.com

Min Media & Resources

pix-with-words

raya!! Raya!!

Raya!! Raya!!

Raya!! Raya!!

Raya!! Raya!!

Raya!! Raya!!

Raya!! Raya!!

Aminorazmi

Rumah Kasih Sayang

September 8, 2009

Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Petang semalam, saya berpeluang mengikut kawan-kawan bukan jurugambar berkunjung ke Rumah Kasih Sayang, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangr. Rumah yang diasaskan pada sekitar tahun 2001 ini menempatkan hampir 80 penghuni, dan kira-kira 54 daripadanya adalah kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak miskin, yatim dan daripada keluarga yang terbiar.

Pada asalnya, tujuan lawatan sambil berbuka puasa adalah untuk menghantar sejumlah keperluan makanan, buku-buku dan baju raya yang kami beli hasil daripada sumbangan kawan-kawan dan saudara mara yang mengetahui yang kami akan berkunjung ke sana. Menjelang hari kami berkunjung ke sana, semakin ramai Hamba Allah yang turut menyediakan makanan untuk berbuka puasa dengan juadah seperti roti jala, meehoon, nasi ayam, kuih-muih dan sebagainya.Menurut Munirah, lebih RM900 daripada sumbangan yang diterima digunakan untuk membeli buku-buku dan alat tulis untuk keperluan anak-anak Rumah Kasih Sayang. Selebihnya kami belikan beras dan keperluan dapur, selain membelikan setiap anak-anak ini sepasang baju melayu dan baju kurung.

Secara peribadi saya sangat kagum dengan ketabahan Ustaz dan Ummi yang mengendalikan Rumah Kasih Sayang ini tanpa bantuan daripada pihak kerajaan,berikutan ketidakmampuan mereka menyediakan dokumen dan mengikuti prosdur/protokol oleh pihak berwajib yang bagi membolehkan rumah ini mendapat peruntukan daripada kerajaan. Menurut Ummi, kos operasi Rumah Kasih Sayang selama ini adalah hasil sumbangan pihak persendirian yang bermurah hati membantu dan menghulurkan pertolongan yang diperlukan, selain daripada usaha pasangan suami isteri ini dan 8 pembantu sukarela yang menjalankan perniagaan nurseri kanak-kanak dan bakeri secara kecil-kecilan.

Menurut Ummi lagi, kebanyakan penghuni di sini adalah daripada kalangan yang benar-benar memerlukan bantuan dan sokongan dalam mengharungi hidup. Kata Ummi, “kalau ada tempat lain yang lebih selesa dari sini, untuk apa mereka ini berpindah ke Rumah Kasih Sayang”.

Terima kasih kepada Munirah kerana memanjangkan berita ini kepada saya, bagi membolehkan saya menyertai kunjungan beliau ke sana, seterusnya menyampaikan kepada umum di FMDC. Bagi saya, anak-anak yang dikasihi Allah ini cukup murah rezeki mereka. Ketulusan yang terpancar dari wajah mereka, membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke Rumah Kasih Sayang menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

Memetik kata-kata Ummi sewaktu kepulangan kami,

“Allah melihat dan menilai apa yang adik-adik lakukan untuk anak-anak ini. Semoga Allah murah rezeki kita semua untuk terus membantu pihak yang memerlukan.”

_min2623

_min2627

_min2633

_min2655

_min2701

_min2721

_min2768

_min2774

_min2780

_min2781

_min2804

_min2805

_min2807

_min2842

_min2871

_min2916