Archive for July, 2009

Gambar-gambar ini ialah hasil kunjungan singkat saya ke Pulau Mabul, Semporna, Sabah pada penghujung Mac yang lalu. Saya ke sana seorang diri, dan dalam masa yang amat singkat. Kali ini, saya bersama sekumpulan kawan-kawan akan ke sana sekali lagi pada 22 – 26 Julai 2009.

Pulau Mabul bagi saya menawarkan banyak subjek untuk fotografi dan peminatnya. Landskap yang indah, tradisi yang unik, kaum Bajau Laut / sea gypsy, underwater dan banyak lagi yang menarik. Secara ringkasnya, peminat fotografi landskap, underwater, photojournalism, dan travel, saya kira Pulau Mabul dan sekitarnya bakal membuatkan anda “kenyang” dengan gambar.

Trip kali ini, saya membawa sekumpulan 15 kawan-kawan peminat fotografi, untuk trip yang boleh disifatkan travel+santai+outing. Bezanya, saya bawakan bersama beberapa jurugambar professional sebagai penasihat fotografi sekiranya perlu. Selain berseronok dapat berjalan, mereka juga boleh mengambil peluang untuk belajar “on-site” daripada jurugambar senior. 5 hari 4 malam, tempoh masa yang saya kira cukup baik untuk keperluan travel photography outing seperti ini.

Pada masa akan datang, akan diusahakan lagi beberapa photography trip ke destinasi yang lain dan peluang tersebut dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Mabul Island

Mabul Island

Mabul Island

Mabul Island

Mabul Island

Market at Semporna

Saltfish at Semporna Market

Market at Semporna

Jetty at Semporna

Sunset in Mabul Island

Me at souvernir shop at Mabul Island

View at Mabul Island

Kids at Mabul Island

Flying man at Kapalai

Kapalai

Sunset at Mabul Island

Sunset at Mabul Island

Dua dalam satu

July 12, 2009

Ada yang suka shoot portrature. Ada yang suka shoot landscape. Workflow untuk shoot portrait dan landscape agak sedikit berbeza. Penggunaan lensa juga biasanya pada focal length yang berbeza. Malah color profile juga biasanya berbeza.

Namun, apa kata sesekali ia digabungkan. Portraiture dan landcape digabungkan. Outdoor. Pada ketika kritikal hour. Sekitar 15-20 minit sebelum matahari terbenam. Segalanya harus pantas.

Photoshoot ini dirancang secara tak formal oleh sahabat saya Affandi yang juga merangkap cikgu/mentor. Masa yang ada tak banyak. Kiraan exposure harus cepat. Simbahan flash juga kawalannya harus pantas. Dapat sekeping yang boleh pakai, kira dah cukup bagus.

Turtle beach, Perhentian Kecil Island

Girl in the Garage

July 8, 2009

In the normal day and normal scene, this is a man job. Sometimes, it is good to create something different in photography, as long as we do know the rules.

Seperti biasa, untuk projek “Outdoor Strobist”  saya akan lakukan paling tidak sedikit research, mencari rujukan, site visit, berbincang mengenai tema dan art direction dengan kawan-kawan. Untuk beberapa keping hasil output dari shooting ini yang telah disiarkan, pelbagai maklumbalas saya terima.

” Terlalu bersih untuk seorang mekanik”

” Bengkel yang terlalu bersih”

“Biasanya bengkel mesti bersepah, kotor dan berminyak”

” Pakai kasut tumit tinggi kerja di bengkel”

Dan banyak lagi maklumbalas lain yang bunyinya seakan-akan sama. Ada yang menyokong, ada yang mempersendakan, ada yang memerli, ada yang menyampah. Ok, saya ambik semua tu sebagai refleksi terhadap pemikiran orang yang memberi komen.

Pada pendapat saya, bila kita mula serius dengan lontaran idea terhadap imej yang ingin dihasilkan, kedudukan kita seharusnya telah melangkaui aspek teknikal. Saya ulang, melangkaui bukan melanggar aspek teknikal fotografi. Apa yang cuba dilakukan dalam shooting ini ialah sesuatu yang konsepnya ke arah komersil. Branding. Advertising. Di sebalik “kebiasaan minda” dengan tanggapan bengkel semestinya berselerak, kotor, berminyak, saya tampilkan visual yang lebih kemas, bersih. Pekerjaan membaiki kenderaan ialah suatu profession. Professional. Saya mencuba “new branding” dalam profession ini. Bersih, cantik, kemas. Itu idea saya. Itu komunikasi visual yang ingin disampaikan. Malangnya, bagi sesetengah orang, mereka “terperangkap” dengan kebiasaan minda itu tadi. Inilah cabaran dalam komunikasi visual. Menghasilkan sesuatu yang mampu diterima mesejnya melalui visual. dan dari situ pendekatan advertising itu dapat dilihat samada berjaya atau tidak.

Dari aspek teknikal, tiada yang luarbiasa. Masih dengan penampilan yang “standard” dari segi lighting, gaya dan pose. Itu sudah mencukupi rasanya. Ada ketika, kreativiti yang “extreme” diperlukan, dan adakalanya, lebih baik penampilan dan output sekadar “cukup”. Namun konsep sekadar”cukup” ini bukanlah dihasilkan dengan cara “tak sengaja”. Ia memang ingin dihasilkan sebegini. Di sini lah cabaran untuk jurugambar, samada kita mampu untuk “melihat” apa yang ingin dihasilkan sebelum mulakan shooting, atau apa yang diperolehi ialah hasil secara “tak sengaja.”

*apa yang diutarakan di sini ialah pandangan peribadi saya atas semangat perkongsian pengetahuan untuk pembelajaran bersama.

garage girls - Wasi

garage girl - Arry

garage girl - Arry

garage girl - Arry

garage girl - Wasi

garage girl - Wasi

The Team

Credits to all the team members: Jaggat, Stoned, Nabil, Rei, Imran, Arry, Wasi and the workshop owner, Bro Jali and the crews.