Ok, mengambil gambar adalah pekerjaan saya. Mengambil gambar juga adalah hobi saya. Kali ni, sekumpulan kawan-kawan telah baik hati untuk menjemput saya join outing derang. They said, they need me to guide the outing. I said no!! Let’s do it together. This kind of outing is not a one man show job, it’s a teamwork job. What i know is never better than them. So, lets share it and do it together.
Pada pendapat saya, outing sebegini bagus untuk ptaktis kemahiran dan pengetahuan, juga kemahiran komunikasi. Tanda aras kejayaan bukan sekadar terletak pada final output, tetapi proses yang dilalui oleh semua yang terlibat. Proses pembelajaran sebegitulah yang kerapkali diabaikan oleh ramai orang. Mungkin sistem pembelajaran di Malaysia yang ada ketika ini lebih kepada result-oriented, dan bukan process-oriented.
Membaca pengalaman orang dan melalui sendiri pengalaman tersebut adalah dua perkara yang sangat berbeza. Pada pendapat saya, kalau kita meminati sesuatu genre dalam fotografi ini, kita harus melalui sendiri pengalaman tersebut, biarpun sekali. Selepas itu, kita akan dapat lihat perbezaan membaca dan melalui sendiri pengalaman.
Ramai orang suka untuk tunjuk hasil akhir kerja mereka, namun tak ramai yang ingin/mampu berkongsi pengalaman yang dilalui. Itu normal. Lain orang lain perangai. Sebagai peminat fotografi, kita harus appreciate kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh orang lain. Orang yang hebat biasanya tidak mengaku dan menyebut dirinya hebat. Itu yang saya lihat dalam diri beberapa idola saya. Kerdilnya diri..
Ok, ni adalah hasil daripada impromptu outing ini. Sigh…saya masih bertatih rupanya..






