Archive for the ‘Inspiration’ Category

Seringkali saya dihujani dengan pertanyaan dan kenyataan yang bunyinya:

“Cik Amin, saya tak pandai lagi”, “Cik Amin, saya baru beli kamera, di mana harus saya bermula” “Cik Amin takpe la, dah terer”, “Cik Amin, kenapa saya tak boleh amik gambar cantik macam Cik amin?” dan banyak lagi pertanyaan yang boleh saya katakan bersifat permulaan, merendah diri, bingung dan sebagainya.

“I’m not the best in town”.

Semua bermula daripada langkah yang pertama. Salah seorang mentor saya berpesan kepada saya, beberapa tahun dahulu ketika saya masih bertatih dalam dunia fotografi, katanya untuk menguasai kemahiran fotografi, tiada jalan mudah. Kita harus sentiasa mempraktikkan apa yang kita baru kita pelajari. Ibarat makan nasik, kalau setiap hari kita buat perkara yang sama, lama-kelamaan kita akan mahir. Begitu juga fotografi. Sekiranya kita sering mempraktikkan apa yang pernah kita pelajari, tidak mustahil, kita akan menjadi mahir dalam bidang ini. Dan itulah yang seringkali saya berpesan kepada kawan-kawan saya yang baru menceburi dunia fotografi. Tidak jemu belajar dan tidak jemu untuk mempraktikkan apa yang dipelajari. Pada pendapat saya, sebagai permulaan, cuba melihat bahawa fotografi ialah gabungan teori dan praktikal. Keduanya harus seimbang. Dan pada peringkat permulaan, perkara sebegini akan kelihatan sukar. Namun apabila kita sudah membiasakan diri dengan perkara ini, lama kelamaan ia akan menjadi mudah bilamana ia sudah menjadi rutin. Oleh itu, jangan putus asa. Teruskan belajar.

Sekadar berkongsi. Ini adalah antara gambar-gambar yang pernah saya shoot ketika tahun-tahun awal saya bermula dengan fotografi. Tertampal di dinding “workstation” saya, sebagai inspirasi peribadi, di mana saya bermula.

Thaipusam@Batumalai

Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam gua Batu Caves

Kriterium Kuala Lumpur

Kriterium Kuala Lumpur, ketika hujan lebat, Panasonic Lumix FX30

Fizlee

Sunrise di Kuala Terengganu ketika FMDC Trip to Terengganu

Wall Photos 2009

Antara hasil kerja yang sempat saya print dan lekatkan di wall workstation

poster1_web

Tarikh: Sepanjang Ramadhan 2009 (Malam). Ini bermakna sesi ini akan sentiasa diadakan sepanjang Ramadhan bagi memberi peluang sama rata kepada sesiapa yang berminat.

*Durasi: 2 Jam ++ untuk setiap sesi

*Masa: 9.00 – 1.00 mlm / 10.00-12.00 mlm

Lokasi: *Sekitar Bandar Baru Bangi (Little Perak Nuin Cafe Seksyen 9 / Oasis Cafe Seksyen 7 )

Pengisian:

Bicara Foto, Editing, Basic Adobe Photoshop Layout, Teknikal Kamera, Composition, Flash Photography, Strobist, Photo review, Photo critic

- Pengisian setiap slot adalah bergantung kepada keperluan peserta yang mengesahkan kehadiran

Matlamat sesi sebegini ialah sebagai mengisi ruang terluang di bulan Ramadhan berikutan kelapangan saya dan rakan-rakan yang akan saya jemput untuk sama-sama membimbing /menjadi tutor.Dan yang paling utama ialah, dalam ruangan sebegini peserta yang berminat mempunyai kesempatan untuk bertanya dan belajar secara terus daripada kami bagi membolehkan setiap daripada kita untuk improve pengetahuan dan kemahiran. Sasaran utama ialah kepada sesiapa yang baru menceburi bidang senifoto atas dasar minat dan kesungguhan. Apa sahaja pertanyaan anda yang mana dalam ruang lingkup pengetahuan kami, akan cuba dijawab dan diselesaikan. Tiada topik khusus selain daripada tumpuan terhadap digital fotografi dan 35mm format / APS

Bagi memudahkan sesi pembelajaran, setiap slot adalah terhad kepada 6 orang peserta sahaja. Lebih mudah untuk saya untuk konsep hands-on training.

Keperluan setiap peserta:

Kamera, Flash (sekiranya perlu) Buku Manual Kamera, Laptop (untuk photo review/critic/editing), Hasil artwork anda / gambar yang ingin dibedah

Komitmen Fees:

RM50 (termasuk minuman dan makanan ringan). Bayaran ini terpaksa dikenakan pada nilai yang paling minimum sebagai komitmen peserta yang berminat.

Saya komited untuk berkongsi apa sahaja yang saya tahu dalam sesi ini, justeru berdasarkan kapasiti dan kemampuan saya, 6 orang peserta adalah paling ideal untuk sesi sebegini.

Sekiranya ada kelapangan oleh beberapa rakan jurugambar profesianal yang lebih senior, saya akan cuba menjemput mereka untuk slot selingan “inspirational talk”.

Untuk pengesahan tempat anda sila email kepada aminor.azmi@gmail.com atau sms/call: 0122147681.

Anda boleh war-warkan sesi ini kepada rakan yang lain. Program ini bukan bermatlamatkan keuntungan, tetapi lebih kepada sumbangan kepada generasi baru yang ingin mendalami dan menguasai kemahiran senifoto.

Terima Kasih.

Regards,

Aminorazmi

Fotoinspirasi 2009

May 10, 2009

Saya bukanlah nak bercerita tentang apa yang belaku ataupun nak melaporkan perisitwa ini. Hampir sebulan berlalu. Saya berada dalam event ini sebagai membantu En Hasnuddin dan krew FOTOTEACHER yang lain. Kerja saya ialah Stage Manager. 

Banyak feedback yang pelbagai selepas berlangsungnya event. Ok, tak nak cerita pasal tu. Saya ingin berkongsi apa yang saya dapat. Pertama kali saya bersua dengan EMPAT photographer hebat ini sekaligus. Selalunya kalau jumpa Ikram Ismail, sekadar sengih2 sambil angkat kening, dan mulut sekadar menyebut “bangggggggg”. ShamShahrin, susah dapat lepak ngan dia, walaupun tempat tinggal tak jauh dari rumah saya. Photojournalist macam dia, schedule tak sama ngan saya. Din Arshad, sekali jek jumpa dia, tu pon masa tgh shoot wedding di Kg RajaUda, Klang. Dia attend as a guest. Saya plak sedang kerja, mana nak sempat sembang. Bustamam,saya belom pernah berjumpa. Apatah lagi bercakap.

Ok, kerja saya melibatkan komunikasi secara terus dengan mereka. Menyiapkan keperluan mereka dan menjaga masa. Honestly, as a person, they are really good. Saya tak tau dengan org lain, tapi saya betul2 inspired dengan pengalaman, sikap, disiplin dan kerja mereka. Sehinggakan hari ni, saya rasa energy mereka masih ada dengan saya. Kalaulah sifu fotografi itu ada, bagi saya mereka ni layak digelar sifu. Berpuluh tahun pengalaman, bermacam gambar dirakam,  pelbagai perkara ditempuh. Mereka layak digelar sifu. Saya cemburu. Adakah satu hari nanti, saya berjaya inspire orang macam mana mereka ni inspire saya. 

Pelajaran paling jelas dari keempat2 mereka dan yang kelima En Hasnuddin, ialah DISIPLIN. Disiplin mereka ni membuatkan org muda macam saya ni terasa sangat kecik. Pada ketika Tuhan nak uji saya, dengan sikap “konon2 pandai”, tahu banyak perkara, Tuhan temukan saya dengan mereka-mereka ni. Nyatanya, saya ibarat langit dan bumi berbanding mereka. Insaf!!

Suatu hari nanti, kalau berpeluang berkerja dengan mereka, akan saya kongsikan pengalaman itu. 

Jadi, jangan panggil saya sifu, cikgu, otai dan sebagainya. Panggilan tu layak untuk orang-orang macam mereka, yang mampu inspire orang cam saya, sedangkan saya masih belum mampu inspire siapa-siapa. 

_min5751

_min5986

_min5493

_min5399

Kata seorang penggiat seni kepada saya suatu masa dulu berbunyi begini:

“Guru biasa sekadar mengajar anak muridnya, Guru yang baik, mengajar dan memahamkan anak muridnya, namun Guru yang terbaik ialah, guru yang mampu menginspirasikan anak muridnya untuk menjadi lebih baik daripadanya”.

Bagaimana mahu menginspirasikan orang lain?