Lokasi: Kg Marakau, Ranau, Sabah
Sepanjang kerjaya sebagai jurufoto, telah banyak dan pelbagai jenis majlis perkahwinan yang saya rakamkan. Dan antara yang paling saya suka mengenai tugasan merakamkan foto ketika majlis perkahwinan ialah, keunikan budaya bangsa Malaysia. Setiap majlis mempunyai keunikan yang tersendiri. Pada pendapat saya, tips terbaik ketika menjalankan tugasan sebegini ialah, lakukannya dengan sepenuh hati dan bukan sambil lewa semata-mata disebabkan oleh niali wang yang dibayar. Bagi saya, tugasan merakamkan foto ketika majlis yang paling bermakna dalam hidup setiap indivitu yang terlibat adalah merupakan satu penghormatan. Tidak dinafikan, kerjaya sebagai jurufoto majlis perkahwinan merupakan satu pilihan kerjaya yang bukanlah boleh dipandang remeh. Ia menuntut saya untuk memberi komitmen seratus-peratus, memerah tenaga dan keringat yang sebenarnya bukan sedikit. Penat. Namun pada akhirnya, saya gembira dan puas dengan apa yang telah saya lakukan. Saya kira, kepuasan yang diperolehi adalah berbaloi dengan segala lelah.
Terima kasih untuk Bob/Angah dan Wirda yang mempercayai saya untuk ke kampung halaman Wirda bagi merakamkan foto ketika majlis pernikahan mereka. Terletak di daerah Ranau, Sabah, jarak yang sangat jauh dari Kuala Lumpur. Namun berbaloi. Satu yang sangat membuatkan saya rasa sangat berbaloi, ialah saya berpeluang untuk merakamkan upacara penuh sambutan perkahwinan mereka. Bermula daripada adat berbedak, membawa kepada majlis pernikahan, kemudia berarak mengelilingi Pekan Ranau sambil diiringi muzik pukulan gong yang dimainkan daripada lori yang turut membawa sekumpulan pemain gong handalan di Ranau, majlis bersanding, memotong kek dan diakhiri dengan sesi bergambar “outdoor”.
Kalau tidak kerana tugasan sebegini, saya kira saya takkan berpeluang melihat adat dan budaya masyarakat tempatan Ranau secara dekat. Gabungan budaya Dusun dan Kadazan/Sino (betulkan saya sekiranya saya tersalah dalam mentafsir perkara ini). Buat pertama kali saya berpeluang berkunjung ke tanah tinggi di kawasan kundasang, yang saya kira pada aras puncak gunung ( bukan gunung Kinabalu). Sungguhpun dingin, saya teruja bila pertama kali tiba ke kawasan ini. Benarlah kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Bob dan Wirda pula antara pasangan pengantin yang begitu ceria. Kerjasama daripada mereka dan keluarga membuatkan tugas ini terasa mudah, walaupun saya berkerja sendirian.
Bilamana tugasan yang mengaitkan dengan adat dan budaya bangsa tempatan, energi saya sentiasa ada. Bob & Wirda, Selamat Pengantin Baru. Tahniah. Allah merahmati kalian, IsnyaAllah.


Tetamu dipelawa menari sambil diiringi paluan Gong













Tetamu dipelawa menari bersama

Tuan rumah turut menari bersama

Nyanian lagu dalam bahasa Dusun

berlatarbelakangkan banjaran Kinabalu



Malam, selepas acara memotong kek


Berlatarbelakngkan Banjaran Crocker

Berlatarbelakngkan Banjaran Kinabalu

Berlatarbelakngkan Banjaran Crocker

Di kaki gunung Kinabalu
















